Sweden rekod kes pertama varian baharu mpox

Sweden rekod kes pertama varian baharu mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Agensi Kesihatan Awam Sweden merekodkan kes pertama varian cacar monyet (mpox) yang lebih berbahaya di luar Afrika, semalam.

Agensi itu mengesahkan ia adalah strain virus sama yang merebak di Republik Demokratik Congo sejak September, dikenali sebagai Clade 1b.

“Seorang individu menerima rawatan di Stockholm, disahkan menghidap mpox yang disebabkan oleh varian Clade I.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah kes pertama yang disebabkan oleh Clade I yang didiagnosis di luar benua Afrika,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Kes terbaharu itu berlaku hanya beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak mpox di beberapa bahagian Afrika sebagai kecemasan kesihatan awam global.

Sekurang-kurangnya 450 orang meninggal dunia semasa wabak awal di Republik Demokratik Congo dan penyakit itu merebak ke kawasan Afrika Tengah dan Timur.

Pakar Epidemiologi negara, Magnus Gisslen berkata, Sweden bersedia untuk mengesan, mengasingkan dan merawat pesakit mpox dengan selamat.

“Seorang pesakit mpox di negara ini tidak mempengaruhi risiko kepada penduduk umum, risiko yang dianggap rendah oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) pada masa ini,” katanya.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN