Raisya Rafiqah ditemukan selamat

Raisya Rafiqah ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada Raisya Rafiqah, 15, mengesahkan anak perempuannya yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan selamat di pekan Beranang, hari ini.

Mohd Rashdan Baharudin, 48, berkata, anaknya ditemukan di Pekan Beranang kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Anak saya ditemukan oleh rakan-rakannya yang terserempak dengannya di pekan Beranang sebelum membawanya ke Balai Polis Beranang.

“Ketika ditemukan, Raisya dalam keadaan tidak bermaya dan letih. Saya sendiri belum berkesempatan untuk bertanyakan kepada Raisya di mana dia pergi sepanjang tempoh dia hilang,” katanya di sini.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya mengesan anak ketiga daripada empat beradik itu selepas dilaporkan hilang.

“Saya bersyukur anak ditemukan dalam keadaan selamat. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan Raisya termasuk polis serta pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di sekitar Beranang,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya.

Laporan kehilangan pelajar itu telah dibuat oleh keluarganya pada pukul 10.03 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Nazron Abdul Yusof berkata, laporan itu dibuat keluarga remaja itu selepas dia gagal dikesan keberadaanya.

Kata beliau, pada hari sama, pelajar berkenaan dikatakan pulang lewat ke rumahnya sebaik tamat sesi persekolahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×