Johor pastikan bekalan air domestik tak terjejas - Utusan Malaysia

Johor pastikan bekalan air domestik tak terjejas

ONN HAFIZ Ghazi (tengah) bergambar dengan para peserta Invest Johor 2024: The Next Growth Epicentre di Hotel Marina Forest City, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan memastikan penggunaan air dan elektrik domestik tidak akan terjejas disebabkan perkembangan sektor pusat data yang semakin rancak dibangunkan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Johor akan memasukkan syarat tertentu bagi memastikan perkara itu tidak berlaku.

Antara syarat tersebut ialah kitar semula penggunaan air, air hujan dan teknologi baharu supaya dapat menjimatkan penggunaan utiliti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Johor menyaksikan perkembangan sektor pusat data cukup pesat sejak tiga tahun kebelakangan ini dan dijangka akan berterusan sehingga 2028 berdasarkan perancangan sedia ada.

“Seperti sedia maklum, pusat data menggunakan bekalan air dan tenaga yang banyak. Oleh itu, Johor telah merangka dan memperkenalkan garis panduan sejak April lalu bagi mengawal kebergantungan penggunaan bekalan air dan elektrik,” katanya selepas menghadiri Invest Johor 2024: The Next Growth Epicentre di Hotel Marina Forest City, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Julai lalu, Johor dilaporkan berjaya menarik lebih 50 pusat data dalam tempoh dua tahun lalu dengan Sedenak Tech Park (STeP), dekat sini sahaja mempunyai kapasiti lebih satu gigawatt (GW).

Mengulas lanjut, Ting Han berkata, jawatankuasa tersebut akan memantau setiap permohonan untuk menubuh pusat data untuk melihat sejauh mana keberkesanan bekalan air dan elektrik yang digunakan syarikat berkenaan.

“Ranhill SAJ dan Johor Special Water (JSW) turut mengadakan perbincangan dengan kementerian supaya perkembangan pusat data di Johor tidak menjejaskan penggunaan domestik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN