Aufahanie kongsi pesanan arwah abang - Utusan Malaysia

Aufahanie kongsi pesanan arwah abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Sedekahkan Al-Fatihah bila saya sudah tiada.”

Demikian pesanan Allahyarham Nidza Afham menerusi satu hantaran yang dikongsikannya menerusi platform X.

Hantaran itu yang dimuat naik arwah pada Ogos tahun lepas dikongsi semula adikanya yang juga penyanyi, Aufahanie di Insta Story baru-baru ini.

Nidza atau nama penuhnya Muhammad Nidza Ahfam dua hari lepas dilaporkan hilang selepas keluar bersenam di Stadium Klang, Selangor sekitar pukul 11.53 malam.

Namun teka teki kehilangannya terjawab apabila polis Selangor mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang semalam adalah Nidza.

Jenazahnya kini masih ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk proses bedah siasat yang bermula awal pagi tadi.

Selain mayat, polis turut menemukan dompet dan telefon bimbit arwah di jambatan Sungai Klang.

Sementara itu, Aufahanie, menerusi Insta Story, berkongsi momen indah bersama arwah abangnya, termasuk gambar zaman kanak-kanak pasangan adik beradik itu.

“Saya sayang kamu, Am. Bahagialah di syurga Firdausi,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×