Aksesori wanita didakwa mengandungi bahan toksik

Aksesori wanita dijual di Shein, Temu didakwa mengandungi bahan toksik

DALAM pemeriksaan terbaharu, 144 produk daripada Shein, AliExpress dan Temu telah diuji secara kimia, dan berbilang produk daripada semua syarikat gagal memenuhi piawaian undang-undang.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Aksesori wanita yang dijual di platform e-dagang seperti AliExpress, Temu, dan Shein dilapor mengandungi bahan toksik 229 kali lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan.

Menurut agensi berita Yonhap, penemuan mengejutkan itu dibuat selepas pihak berkuasa bandar raya ini melakukan ujian terhadap 144 produk yang dijual di tiga aplikasi beli-belah tersebut dari 12 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Antara produk yang diperiksa adalah 94 bekas makanan, 13 alat solek, 28 sandal dan topi serta sembilan produk kebersihan.

Ujian itu mendapati, kebanyakan produk yang diuji gagal memenuhi piawaian ditetapkan apabila dikesan mengandungi pelbagai jenis bahan kimia.

Kasut-kasut Shein dikesan mempunyai bahan kimia phthalates sehingga 229 lebih tinggi berbanding yang dibenarkan.

Phthalates digunakan untuk membuat plastik lebih fleksibel dan ia dikategorikan sebagai bahan penyebab kanser, menyebabkan ketidaksuburan dan meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Selain phthalates yang dikesan pada sandal, tiga topi didapati mengandungi formaldehid melebihi paras dibenarkan sebanyak dua kali.

Kes lain termasuk dua periuk aluminium yang mengandungi dua kali ganda paras nikel yang dibenarkan dan dua botol pengilat kuku yang dikesan dengan lebih 3.6 kali ganda jumlah dioksana serta 1.4 kali ganda metanol.

Temu bagaimanapun gagal dihubungi.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×