Dua lelaki tempatan dipanggil lindungi PATI - Utusan Malaysia

Dua lelaki tempatan dipanggil lindungi PATI

ANGGOTA Imigresen memeriksa sebahagian daripada PATI yang ditahan di Hulu Terengganu dan Dungun, semalam. ANGGOTA Imigresen memeriksa sebahagian daripada PATI yang ditahan di Hulu Terengganu dan Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memanggil dua lelaki tempatan yang disyaki melakukan kesalahan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Hulu Terengganu dan Dungun, semalam.

Timbalan Pengarah JIM Terengganu (Kawalan), Mat Amin Hassan berkata, perbuatan lelaki berusia 33 dan 62 itu telah melanggar Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63.

Menurut beliau, tindakan itu diambil susulan susulan penahanan 18 PATI daripada 53 warga asing yang diperiksa menerusi Ops Sapu di sembilan premis berbeza di Hulu Terengganu dan Dungun, semalam

“Daripada 18 PATI yang ditahan itu, 14 merupakan warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh serta Thailand yang berusia 20 sehingga 52 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal melebihi masa.

“Kesemua mereka ditahan di beberapa kediaman di Kampung Landas, Ajil, Hulu Terengganu, Kampung Chemuak, Kuala Jengai serta di Kampung Pasir Raja, Dungun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mat Amin menjelaskan, pemeriksaan lanjut menunjukkan warga asing berkenaan dipercayai dilindungi lelaki warga tempatan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, perbuatan melindungi PATI atau warga asing adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 jika didapati bersalah.

“Mengikut akta itu, badan bukan kerajaan (NGO), majikan atau individu yang menggaji PATI tanpa dokumen atau pas yang sah, boleh dikenakan tindakan berat,” tambahnya.
– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×