Lebih banyak pejuang Islam akan bangkit tentang Israel

Lebih banyak pejuang Islam akan bangkit tentang Israel

PEMBUNUHAN Ismail Haniyeh tidak sedikit pun menghilangkan semangat juang bahkan melahirkan lebih ramai lagi pejuang-pejuang Islam seluruh dunia bagi membebaskan bumi al-Aqsa. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERITA duka pemergian tokoh pejuang Palestin, Ismail Haniyeh di Iran melalui tindakan tidak berperikemanuasian hanya menambah lagi sikap benci dan geram masyarakat dunia terhadap ‘kemunafikan’ yang dipamerkan oleh pengganas Israel.

Pembunuhan itu tidak sedikit pun menghilangkan semangat juang bahkan melahirkan lebih ramai lagi pejuang-pejuang Islam seluruh dunia bagi membebaskan bumi al-Aqsa.

Malah pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan rejim Zionis hanyalah medan untuk menghadirkan lebih ramai pejuang-pejuang yang inginkan syahid pada jalan Allah SWT. Ini kerana mereka bangkit melawan hingga ke titisan darah terakhir.

Umat Islam Palestin sentiasa yakin dan percaya bahawa Allah SWT pasti memberikan kemenangan dengan cara-Nya yang pasti ‘sulit’ dan ‘sukar’ diterima rejim Zionis. Hal ini telah dizahirkan melalui firman-Nya yang bermaksud “Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) – Kami binasakan mereka, maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.” (Surah Muhammad, ayat 13).

Masa yang dijanjikan pasti datang dan akan melenyapkan segala tindakan jahat rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. Kekejaman Zionis akan menjadikan masyarakat dunia celik dan sedar tentang kebenaran Islam.

Masa kebangkitan rakyat Palestin sentiasa hadir dengan sokongan yang kuat, datang dari hati nurani yang bersih dari penyokongnya. Hanya kemuliaan iman sejati mampu menjadi benteng pertahanan ampuh serta mampu melenyapkan segala bentuk kezaliman, penindasan dan sikap ‘kemunafikan’ pengganas rejim Zionis.

Akhir kalam, marilah seluruh umat Islam mengambil peringatan daripada kata-kata Saidina Umar al-Khattab “Sesungguhnya kita semua ini adalah sehina-hina manusia, adapun kamu semua dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah.”

Saidina Umar turut mengingatkan kita semua, “Wahai sekalian manusia, perbaikilah hal-hal yang tersembunyi dalam diri kalian nescaya akan baik yang zahir dari diri kalian, bekerjalah untuk akhirat maka urusan dunia akan sentiasa mencukupi”.

Ayuh seluruh umat Islam di muka bumi Allah SWT, bangkit dan pasakkan kekuatan dengan karamah insaniah sehingga Allah datangkan pertolongan dan bantuan-Nya kepada umat Islam di Palestin.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian
Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×