Iran desak Jerman main peranan sekat Israel

Iran desak Jerman main peranan sekat Israel

PRESIDEN kesembilan Iran, Masoud Pezeshkian.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN : Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menggesa negara-negara Eropah khususnya Jerman, memainkan peranan mendesak Israel menghentikan pembunuhan besar-besaran terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Dunia mengharapkan Jerman membantu dalam menamatkan genosid rejim Zionis di Gaza, sebaliknya bukan menyokong Israel,” kata beliau dalam satu panggilan telefon bersama Canselor Jerman, Olaf Scholz, semalam.

Masoud menambah, masyarakat global berharap ada pihak yang akan tampil membantu penduduk Gaza ketika rejim Zionis berterusan melaksanakan operasi ketenteraan di wilayah berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, pencerobohan di Gaza melanggar undang-undang antarabangsa serta menimbulkan acaman terhadap keselamatan di wilayah Asia Barat dan keamanan global.

Beliau turut menegaskan prinsip Teheran yang berpegang kepada keamanan, keselamatan serta kestabilan serantau dan global.

“Iran berpendapat, tindakan mematuhi undang-undang dan peraturan antarabangsa adalah satu kewajipan,” katanya.

Masoud dalam pada itu menyatakan kesediaannya menjalin hubungan rapat dengan semua negara Eropah termasuk Jerman berdasarkan konsep saling menghormati dan percaya antara satu sama lain.

Sebelum ini, Scholz mengucapkan tahniah kepada Masoud atas kemenangannya sebagai  sebagai Presiden Iran selain menyatakan Jerman bersedia memperkukuhkan hubungan dengan Teheran dalam semua bidang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini