Zahid ajak Annuar kempen di Nenggiri guna helikopter

Zahid ajak Annuar kempen di Nenggiri guna helikopter

AHMAD Zahid Hamidi bersalam dengan salah seorang penyokong BN pada Majlis Temu Mata di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengajak Tan Sri Annuar Musa untuk sama-sama berkempen menggunakan helikopter di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ahmad Zahid berkata, helikopter yang digunakan sepanjang tempoh berkempen bukan milik kerajaan.

“Kementerian tidak bayar perkhidmatan itu (helikopter). Kalau dia (Annuar) nak pakai saya tiada halangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab LV (beg jenama Lious Vutton) pun dia pakai, helikopter pun dia boleh pakai,” katanya selepas diminta mengulas tindakan Annuar yang mempertikai BN menggunakan helikopter untuk berkempen.

Terdahulu, beliau turun beramah mesra dengan masyarakat di Program Temu Mata di Kampung Limau Kasturi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Annuar mempersoalkan penggunaan helikopter oleh calon BN di PRK Dewan DUN Nenggiri untuk berkempen kerana telah melanggar had kos kempen sekiranya sewaannya mencecah RM350,000 sehari ia

Annuar mendakwa, beliau telah melakukan semakan dan mendapati kos sewaan bagi helikopter yang mempunyai lebih lima kerusi adalah kira-kira RM350,000.

“Dalam pilihan raya ada undang-undang termasuk dari segi jumlah yang boleh dibelanjakan dalam menjayakan kempen.

“Kalau pakai helikopter lebih dari lima kerusi, kosnya (dianggarkan) RM350,000 dan itu melebihi daripada had berkempen serta salah dari segi peraturan,” katanya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini