Hamas mahu ikut pelan asal gencatan senjata api 

Hamas mahu ikut pelan asal gencatan senjata api 

KUMPULAN Pro Palestin mengadakan demonstrasi bagi menggesa gencatan senjata api dalam satu perhimpunan di Atlanta, Georgia, pada 27 Jun 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENANJUNG GAZA: Hamas menolak sebarang usaha untuk mewujudkan pelan baharu gencatan senjata api dan mahu ia dilaksanakan seperti mana rancangan asal yang pernah dibentangkan sebelum ini.

Pelan asal mengandungi tiga fasa antaranya gencatan senjata penuh dengan tentera Israel perlu berundur dari semua kawasan berpenduduk di Gaza manakala Hamas pula membebaskan sebilangan tebusan yang ditangkap dalam serangan 7 Oktober 2023.

Hamas menegaskan, pihaknya mahu pelaksanaan pelan gencatan senjata yang pernah dibentangkan Presiden AS, Joe Biden pada 31 Mei dan disahkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berbanding melalui lebih banyak pusingan rundingan atau cadangan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pergerakan itu juga menuntut negara pengantara supaya membentangkan rancangan untuk melaksanakan telah dicadangkan mereka berdasarkan visi Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB serta memaksa Israel untuk mematuhinya.

Hamas berkata, mereka telah menunjukkan kerjasama sepanjang proses rundingan tetapi tindakan Israel dan pembunuhan Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh di Teheran akhir bulan lalu, menunjukkan negara itu tidak serius untuk meneruskan perjanjian gencatan senjata.

Kenyataan terbaharu itu muncul daripada kumpulan Palestin itu sehari selepas satu serangan paling maut dilaporkan di Semenanjung Gaza yang dikepung dalam lebih 10 bulan perang yang tercetus akibat serangan Israel pada 7 Oktober.

Minggu lalu, Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir menggesa Israel dan Hamas kembali ke meja rundi­ngan untuk menyambung semu­la perbincangan gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tahanan sebagai satu langkah menamatkan segera konflik.

Kenyataan itu berkata, ke­tiga-tiga negara tersebut sudah membentuk kerangka per­janjian yang hanya tinggal butiran pelaksana­an untuk dimuktamad­kan.

Menerusi kenyataan, ketiga-tiga negara pengantara terbabit menjemput Israel dan kumpulan pejuang Palestin itu untuk memulakan kembali rundingan pada 15 Ogos bagi menutup semua jurang yang masih ada dan melaksanakan perjanjian tanpa penangguhan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini