Terengganu bukan macam Man.City

Terengganu bukan macam Man.City

SAFAWI Rashid meraikan jaringannya ketika berdepan KL City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, kelmarin- IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Terengganu FC menganggap kemenangan sulung Liga Super di gelanggang lawan dengan menewaskan Kuala Lumpur City sebagai bukti skuad Sang Penyu dambakan keputusan positif.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berkata, peminat Terengganu juga berpijak di bumi yang nyata kerana sedar bukan semua harapan mampu direalisasikan oleh anak buahnya.

“Kami tewas di tempat lawan ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor, selebihnya keputusan setakat ini agak bagus. Tetapi saya tahu orang kecewa sebab kita hampir ke final (Piala FA).

“Semua orang mahu lihat kami ke Bukit Jalil, ada juga yang mengharapkan kami seperti Manchester City tetapi (hakikatnya) tidak boleh,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur kelmarin, dua gol Terengganu masing-masing dihasilkan oleh Manuel Ott dan bintang Harimau Malaya, Safawi Rasid.

Jurulatih dari Croatia itu bertegas anak buahnya berhak untuk mendapatkan tiga mata ke atas KL City dan segala perancangan diatur sudah pun membuahkan hasil.

“Saya gembira sebab memang perlawanan ini sukar terutamanya selepas kami kalah dalam perlawanan lepas. Kami juga tahu KL City adalah pasukan yang bagus kerana sebelum ini pun mereka pernah tewaskan Selangor.

“Kami lakukan persiapan dan memang kami berhak untuk dapatkan tiga mata. Tiada rungutan yang boleh diberikan atas kemenangan kami kali ini,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×