Polis buru lelaki serang, cederakan dua wanita di Surau

Polis buru lelaki serang, cederakan dua wanita di Surau

KEJADIAN berlaku di Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih giat memburu seorang lelaki tempatan yang menyerang dua wanita di surau Al-Ehsaniah Ahmadiah berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.48 petang itu, polis menerima panggilan menerusi sistem Mers 999 oleh seorang wanita tempatan memaklumkan dua mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam dengan senjata tajam dipercayai sebilah pisau.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, kejadian berlaku berhampiran surau yang turut menempatkan sebuah sekolah rendah agama di Kelana Jaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa pertama cedera dipercayai ditikam dan dilibas di bahagian perut dan kepala manakala seorang lagi cedera di lengan kanan kiri.

“Kedua-dua mangsa berusia 26 dan 52 tahun menerima rawatan awal dari pasukan perubatan Bulan Sabit Merah yang hadir di lokasi kejadian seterusnya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini