Penataan sempurna klasik, Japandi

Penataan sempurna klasik, Japandi

RONA putih dan coklat menjadi rona asas kediaman berkeluasan 650 kaki persegi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENATAAN gaya Japan Scandinavian (Japandi) dan klasik begitu sempurna pada kediaman yang satu ini melalui permainan warna dan pemilihan perabot serta aksesori.

Namun, siapa sangka ia adalah rumah flat kos rendah yang hanya berkeluasan 650 kaki persegi.

Penataan sempurna ini membuatkan kediaman milik Norasyikin Norizan ini nampak seakan kediaman di dalam laman dekorasi dalam talian, Pinterest.

Beliau bijak menggabungkan kedua-dua elemen iaitu dan klasik dalam satu ruangan yang nampak menyatu.

Hasilnya, ruangan kelihatan segar, menarik dan mengikuti trend semasa.

Kata Norasyikin, pemilihan warna dan perabot merupakan elemen penting dalam merealisasikan konsep tersebut pada kediamannya.

“Elemen warna-warna semula jadi iaiatu warna kayu, kehijauan dan juga elemen warna-warna bumi seperti hitam putih dan kelabu, banyak digunakan.

“Barang-barang terpakai juga merupakan elemen yang diselitkan dalam rumah ini untuk mendapatkan sentuhan klasik,” katanya kepada Seri.

ELEMEN hijau pada meja makan untuk membangkitkan seri.

Secara keseluruhannya wanita berusia 37 tahun banyak menggunakan rona coklat pada kebanyakan perabot dan aksesori.

Sofa di ruang tamu dan almari pada beberapa sudut menjadi perabot utama yang menekankan rona tanah tersebut.

Rona-rona tanah itu ditonjolkan lagi dengan pemilihan warna dinding polos berona putih.

Dinding rona putih secara tidak langsung membangkitkan warnawarna coklat pada perabot dan aksesori.

Tidak banyak warna yang bermain di kediaman ini. Bagi menjadikan ruang ‘tidak bosan’ sedikit elemen hijau diletakkan pada ruang makan.

Pokok hijau di atas meja makan membangkitkan suasana segar selain memberikan sedikit sentuhan kelainan pada ruangan yang kebanyakan hanya berlatarkan rona coklat dan putih.

“Kebanyakan idea-idea dekorasi ini saya ambil daripada Pinterest dan Instagram.

“Bagi saya, konsep yang saya pilih ini merupakan konsep yang segar, tidak lapuk ditelan zaman serta nampak lebih kemas dan teratur,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×