PETALING JAYA: Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan terpaksa menelan kekecewaan apabila hanya dibezakan satu kilogram (kg) dengan pemenang pingat gangsa menerusi acara kategori bawah 61kg lelaki Sukan Olimpik Paris 2024, sebentar tadi
Aniq menduduki tempat keempat dengan jumlah angkatan secara keseluruhan seberat 297kg manakala atlet Amerika Syarikat (AS), Hampton Morris menduduki carta ketiga dengan 298kg.
Wakil dari China, Li Fabin berjaya mempertahankan emasnya ketika di Tokyo 2020 dengan angkatan seberat 310kg secara keseluruhan.
Pingat perak berjaya dibawa pulang oleh negara jiran, Thailand dengan angkatan 303kg.
Aniq menamatkan saingan snatch dengan angkatan 130kg untuk berada di tempat keempat dan 167kg dalam clean and jerk.
Percubaan atlet berusia 22 tahun itu untuk merebut kedudukan kedudukan pingat perak tidak kesampaian apabila tidak berjaya mengangkat angkatan 174kg pada percubaan kedua dan ketiga.
Jika Aniq memilih untuk mengangkat angkatan 169kg, ia sudah cukup untuk dia menamatkan saingan di kedudukan podium namun penampilan sulungnya di Olimpik ini bakal menjadi pengajaran cukup berguna buat atlet berusia 22 tahun itu.










