BERLIN: Dua maut manakala lapan yang lain terperangkap selepas sebuah hotel di barat Jerman runtuh semalam, dengan pasukan penyelamat giat mengesan mangsa di bawah runtuhan.
Kejadian berlaku di sebuah hotel di Kroev, kira-kira 110 kilometer dari Frankfurt, sekitar jam 11 malam (waktu tempatan) semalam.
Polis dalam kenyataan berkata, punca runtuhan masih belum diketahui.
Daripada 14 mangsa terperangkap, lima daripadanya berjaya diselamatkan, dengan pihak penyelamat berusaha mengesan lapan yang lain.
Ketua Operasi Menyelamat, Joerg Teusch berkata, empat mangsa yang diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Mangsa turut melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan ibu bapanya.
Kira-kira 250 pegawai polis, bomba dan paramedik dikerahkan ke lokasi kejadian, dengan perkhidmatan kecemasan menggunakan kren serta anjing pengesan untuk membantu operasi.- AGENSI











