KUALA LUMPUR: Meta memohon maaf di atas tindakan menurunkan kandungan daripada akaun Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Ketua Biro Polis Hamas, Ismail Haniyeh.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kiriman emel Meta kepada Reuters hari ini.
“Kami memohon atas kesilapan di mana kandungan Facebook Perdana Menteri dan Instagram ditarik dan kandungan telah dipulihkan dengan label yang betul,” kata jurucakap Meta kepada Reuters.
Semalam, kerajaan menuntut permohonan maaf daripada Meta, syarikat induk Facebook dan Instagram, kerana menurunkan beberapa hantaran media sosial Anwar berkait Ismail.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, tuntutan itu dibuat ketika Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Salim Fateh Din bertemu dengan wakil Meta, semalam.
Dalam kenyataan, PMO turut menuntut penjelasan terperinci atas tindakan Meta.
Hantaran diturunkan Meta termasuk melibatkan kenyataan takziah Anwar kepada pemergian Ismail, selepas pemimpin Palestin itu terbunuh di Tehran, Iran, pada 31 Julai.-REUTERS










