Stacy yang lebih matang - Utusan Malaysia

Stacy yang lebih matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMINAT tentunya bangga melihat titik pencapaian penyanyi yang menerima julukan ratu tari Malaysia ini, pada hari ini.

Lebih 16 tahun dia bertahan dalam industri seni tanah air, tidak sekalipun Stacy berfikir untuk beralih bidang. Malah dia setia pada kerjaya yang satu.

Bukanlah tidak pernah dilanda badai. Perjalanan Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berdepan naik turunnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah penghibur berusia 34 tahun ini memaklumkan betapa dia terduduk dan terperangkap dalam kesedihan yang panjang apabila abangnya, Chaq meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lebih satu tahun Stacy mengumpul kekuatan, anak kelahiran Sabah ini mengakui kini sudah mampu berdamai dengan takdir dan menerima ketentuan bahawa hidup perlu diteruskan.

“Saya masih stacy yang dulu cuma sekarang saya lebih matang dan baru-baru ini saya temukan semula ‘’spark’ yang selama ini hilang.

“Apa yang saya kecapi sekarang adalah hasil pengalaman 16 tahun dalam bidang seni. Kalau dulu saya terlalu all out, sekarang perjalanan karier saya lebih tersusun.

“Boleh katakan, saya sudah kembali teruja selepas lama bersedih kerana kehilangan abang tersayang.

“Sekarang saya sudah bersedia untuk lebih kerap menguasai pentas dan lebih banyak menghasilkan lagu. Cuma saya harapkan peminat akan terus memberi sokongan,” katanya.

Dalam pada itu, Stacy juga memaklumkan tidak lagi akan sekadar berselindung disebalik nama Bunga Cantik, sekadar mencipta lagu untuk penyanyi lain.

“Tulis lirik dan buat lagu adalah perkara yang personal untuk saya. Aktiviti itu menambah lagi keterujaan saya dalam berkarya.

“Tapi sekarang, saya juga kembali teruja untuk menyanyi dan muncul dalam lebih banyak persembahan. Senang cerita, saya sudah sedia untuk keluar semual dari belakang tabir.

“Semua ini adalah demi kepuasan peribadi. kadang saya terfikir juga adakah muzik dan gaya persembahan saya boleh diterima audiens malaysia? Adakah saya syok sendiri,” kongsinya.

GELARAN PEMINAT YANG BERI

Disoal mengenai gelaran ratu tari Malaysia, Stacy memaklumkan panggilan itu hanyalah gelaran yang diberikan peminat kepadanya.

Kata Stacy, layak atau tidak, bukanlah dia penentunya kerana ada sebab disebalik pemberian gelaran tersebut.

“Saya tidak pernah dianugerahkan atau gelar diri sendiri sebagai ratu tari Malaysia.
Tarian saya bukanlah bagus mana untuk memikul gelaran tersebut.

“Tapi apa yang boleh saya katakan, bila buat persembahan, ibaratnya saya berubah menjadi orang lain, menunjukkan yang saya benar-benar ‘gilakan’ pentas.

“Jadi saya kaitkan semula, mungkin ada sebab mengapa orang beri saya gelaran itu. Kosong atau tidak pentas itu, saya tetap sukakannya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini