Rindu mahu dengar anak panggil ibu

Rindu mahu dengar anak panggil ibu

ALIMAH Rahim (kanan) bersama Muhammad Fakrullah Saiful Azli ketika ditemui di Taman Jasin Bestari, Jasin, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Luluh hati seorang ibu melihat anak yang dahulunya aktif dan petah bercakap kini terlantar atas katil selepas terlibat nahas ketika berjalan kaki ke masjid di Merlimau di sini, pada 2018.

Bagi Alimah Rahim, 45, dia sangat merindui Muhammad Fakrullah Saiful Azli, 13, memanggilnya ibu selepas kali terakhir mendengarnya enam tahun lalu.

Katanya, anak keempat daripada lima beradik itu merupakan seorang yang ceria dan rajin mengikut ayahnya, Saiful Azli Ramli, 47, menunaikan solat di surau dalam kawasan perumahan.

“Bagaimanapun pada hari kejadian ayah dia tidak pergi ke surau kerana baru pulang kerja. Jadi anak saya pergi sendiri ke masjid yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah untuk solat maghrib.

“Dia pergi tanpa memaklumkan kepada saya, walaupun sebelum itu sudah pesan berulang kali agar tidak ke mana-mana. Malangnya tidak lama kemudian jiran memaklumkan anak saya terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal.

“Sebenarnya sudah seminggu rasa tidak sedap hati serta mendapat bayangan seolah-olah dia akan kemalangan dan apa yang paling ditakuti berlaku juga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di Taman Jasin Bestari.

Tambah Alimah, akibat kemalangan itu anaknya mengalami kerosakan saraf pada bahagian otak menyebabkan pergerakannya terbatas dan terlantar.

Muhammad Fakrullah juga memahami interaksi orang sekelilingnya tetapi tidak boleh bercakap, susulan bahagian bawah tekaknya ditebuk untuk pernafasan.

“Anak saya tidak boleh makan makanan pejal dan bergantung kepada susu khas,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh me­nyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 154053633029 atas nama Alimah Rahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×