Galak golongan belia pakai telepok

Galak golongan belia pakai telepok

ORANG ramai memakai telepok pada Majlis Perasmian Perpatih Fest 2024 di Dataran Nilai, Seremban. – UTUSAN /MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menggalakkan generasi muda di negeri ini lebih dekat dengan busana tradisional termasuk tradisi pemakaian telepok.

Kerajaan negeri komited dalam menggerakkan lagi perancangan serta aktiviti dengan disasarkan kepada generasi muda mengenai Adat Perpatih.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital negeri, Datuk Mohd. Faizal Ramli berkata, didapati kini anak-anak muda semakin jauh daripada tradisi pemakaian bagi ibu soko (wanita yang mahir tentang adat) selain mengenai Adat Perpatih yang diamalkan di negeri ini.

“Pemakaian telepok ini mesti diteruskan supaya dapat diwarisi, difahami dan dijiwai oleh anak-anak muda. Program-program berkaitan adat juga akan sering dijalankan dengan pemakaian telepok bagi menarik minat mereka yang sebelum ini tidak mengetahui pemakaian telepok atau cuma sekadar melihat ibu soko dan orang tua memakainya di kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia pada Program Moh Bertelepok di Dataran Nilai di sini, semalam.

Telepok atau tengkolok merupakan ikatan di kepala daripada kain batik lepas yang sering dipakai oleh ibu soko

Mohd. Faizal memberitahu, terdapat cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha menarik generasi muda mengenai pemakaian tradisi tersebut.

“Kerajaan negeri menyasarkan 50 peratus sekolah di negeri ini mempunyai kelab berkaitan adat sebagai pendedahan awal mengenai Adat Perpatih.

“Ada beberapa sekolah telah menubuhkan kelab ini dan mereka akan menyertai apa-apa program yang dianjurkan di peringkat negeri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×