Kalau tak ada jalan penyelesaian, kita akan teruskan saman- Puteri Sarah Liyana - Utusan Malaysia

Kalau tak ada jalan penyelesaian, kita akan teruskan saman- Puteri Sarah Liyana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Al Faizal Abdul Karim

KUALA LUMPUR: “saya nak dapatkan hak saya semula.”

Itu penegasan pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengenai saman fitnah dan pecah amanah yang bakal difailkannya terhadap bekas pekerjanya, Nazatul Nazira yang sebelum ini didakwa melakukan pecah amanah sebanyak RM26,000.

Kata Sarah, saman tersebut akan diambil sekiranya pihak terbabit berkeras untuk tidak memulangkan haknya.

“Kita tengok macam mana. Kalau tak ada jalan penyelesaian menerusi proses mediasi, kita akan teruskan dua saman, iaitu saman fitnah dan pecah amanah.

“Saya perjuangkan hak saya, nak dapatkan semula hak saya. Semoga saya dapat semula hak saya,” katanya.

Puteri Sarah ditemui sebelum proses mediasi kes berkenaan di Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, Puteri Sarah telah menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul.

Saman itu difailkan selepas individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan.

Puteri Sarah menuntut individu itu menarik balik kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

Nazatul juga dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalangnya menerbitkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan berang dengan tindakan Nazatul yang menggunakan pihak media untuk membuat dakwaan palsu.

“Saya bengang kerana dia tak cari sarah untuk selesaikan perkara ini sebaliknya muncul dalam rancangan Melodi dan buat kenyataan.

“Saya tahu dia bercerita pasal saya dalam rancangan itu walaupun dia tak sebutkan nama.

“Disebabkan itu saya berkeras mahu ambil tindakanundang-undang terhadapnya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×