PMO kecam tindakan Meta turunkan hantaran pertemuan Anwar, Ismail Haniyeh di Instagram PMO kecam tindakan Meta turunkan hantaran pertemuan Anwar, Ismail Haniyeh di Instagram

PMO kecam tindakan Meta turunkan hantaran pertemuan Anwar, Ismail Haniyeh di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut penjelasan dan permohonan maaf Meta kerana menurunkan hantaran bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Doha, Qatar, yang dimuatnaik di laman Instagram.

Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengecam tindakan diambil oleh Meta terhadap hantaran menerusi akaun Perdana Menteri.

“Tindakan ini ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” katanya hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Anwar yang dalam rangka kerja di Doha, Qatar sempat meluangkan masa untuk bertemu Ismail Haniyeh dan Khaled Marshal.

Dalam pertemuan singkat itu, Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang dibom rejim Zionis.

Bagaimanapun, hari ini, Ismail dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan terhadap kediamannya di Tehran, Iran.

Beliau berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian pada Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN