Kes rogol ‘suka sama suka’ meningkat di Perlis - Utusan Malaysia

Kes rogol ‘suka sama suka’ meningkat di Perlis

MUHAMMAD Abdul Halim (lima dari kiri) merakamkan gambar bersama selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, hari ini.-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jumlah kes rogol membabitkan remaja bawah umur 18 tahun didapati meningkat di Perlis pada tahun ini bermula dari tempoh Januari sehingga Jun.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 13 kes rogol bawah umur direkodkan di negeri ini berbanding 11 kes tahun lalu bagi tempoh sama.

Beliau berkata, kes-kes berkenaan adalah meliputi kategori ‘suka sama suka’ dan terpedaya dengan pujukan teman lelaki.

“Bagi jenayah rogol ini, kenaikan kes adalah melibatkan anak-anak bawah umur di mana ada diantara mereka melakukan tindakan itu atas dasar suka sama suka.

“Namun jika dilihat secara keseluruhan termasuk kes rogol yang turut melibatkan kekerasan, kadarnya itu adalah masih rendah iaitu sekitar 15 kes bagi tempoh enam bulan untuk tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, kebanyakan kes yang direkodkan itu juga berlaku dalam kawasan Kangar malah beberapa tindakan juga telah diambil berhubung perkara tersebut.

Katanya, majoriti kes rogol yang direkodkan berlaku itu adalah membabitkan pelajar sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Berikutan itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh polis antaranya dengan mengadakan ceramah-ceramah di sekolah, hebahan melalui rondaan Skuad Aman Wanita (AMANITA) dan media sosial bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang jenayah rogol ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kadar jenayah komersial di Perlis turut menunjukkan peningkatan sebanyak lima kes pada tahun ini di mana 219 kertas siasatan telah dibuka berbanding 214 pada tahun sebelumnya.

“Jumlah kerugian yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan adalah sebanyak RM2.4 juta di mana kes tertinggi adalah penipuan dalam talian dengan jumlah kerugiannya sekitar RM2.1 juta,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×