Kelantan antara sembilan negeri capai status penuaan Kelantan antara sembilan negeri capai status penuaan

Kelantan antara sembilan negeri capai status penuaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan antara sembilan negeri yang mencapai status penuaan iaitu komposisi penduduk berumur 65 tahun dan ke atas melebihi tujuh peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Perak kekal sebagai negeri paling tua dengan 9.9 peratus pada 2024 manakala Kelantan muncul sebagai negeri menua yang terbaharu dengan 7.0 peratus penduduk berada dalam kumpulan umur ini.

Kata beliau, Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk muda (0-14 tahun) tertinggi pada 2024 dengan 34.7 peratus manakala Kuala Lumpur mencatatkan komposisi penduduk umur bekerja (15-64 tahun) tertinggi iaitu 75.9 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023 dengan kadar pertumbuhan 1.9 peratus. 

“Penduduk warganegara meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.7 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan menurun daripada 0.8 peratus kepada 0.7 peratus. 

“Bukan warganegara menunjukkan trend yang sama dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 13.6 peratus pada 2024 berbanding 17.1 peratus pada 2023,” katanya ketika membentangkan Trend dan Analisis Kependudukan serta Demografi Malaysia 2024 bersempena Hari Penduduk Sedunia hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN