Goodyear cari pembeli tapak kilang

Goodyear cari pembeli tapak kilang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar tayar, Goodyear Malaysia Bhd. sedang mencari pembeli untuk tapak kilangnya di Seksyen 15, Shah Alam, susulan penutupan kilang tersebut pada 30 Jun lalu.

Syarikat tersebut telah mengiklankan jualan secara tender dalam sebuah akhbar mingguan perniagaan bagi tapak seluas 11.8 hektar tersebut.

Tarikh tutup jualan yang dikendalikan oleh oleh firma perunding hartanah CBRE WTW Real Estate Sdn. Bhd. adalah pada pukul 12 tengahari, 28 Ogos 2024.

Iklan itu juga menunjukkan bahawa tanah itu mempunyai potensi untuk pembangunan semula.

Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang mengumumkan penutupan kilang yang berusia 52 tahun tersebut dalam satu memo pada Mac lalu. 

Penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini oleh syarikat yang memulakan jualan produknya lebih 90 tahun di negara ini bermula pada 1929.

Jelasnya, keputusan tersebut bakal menjejaskan kira-kira 550 kakitangan selepas kilang yang beroperasi dekat Seksyen 15 sejak 1972 itu ditutup.

Dalam pada itu, Nathaniel menjelaskan penutupan fasiliti di negara ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi syarikat untuk mengoptimumkan pengeluaran dan portfolionya.

“Seperti yang dimaklumkan, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang turut dirancang untuk mengembangkan margin dan meningkatkan nilainya dalam kalangan pemegang saham.

“Ia akan melibatkan tindakan tertentu untuk mengurangkan kos setiap tahun sehingga RM1 bilion pada 2025 supaya dapat memastikan syarikat kekal kompetitif sebagai peneraju industri,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×