KUALA LUMPUR: Impian pelakon, Ben Amir, 34, untuk menjejakkan kaki ke Everest Base Camp tercapai apabila dia berjaya sampai ke kawasan itu, semalam.
Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkongsi detik indah itu menerusi Instagramnya baru-baru ini.
“Saya berjaya! Ini adalah pengalaman menakjubkan dan menyentuh perasaan saya. Memaksa diri berdepan halangan untuk mencapai matlamat,” tulisnya.
Ben dalam perkongsian sama memuat naik gambarnya mengibarkan Jalut Gemilang di kawasan berketinggian 5,364 meter itu.
Dalam pada itu pelakon drama Bawah Payung Awan itu memaklumkan akan meneruskan pendakian melalui trek lebih mencabar selepas ini.
“Pengembaraan ini tidak berakhir di sini kerana saya akan meneruskan perjalanan dengan menelusuri trek Chola Pass Gokyo,” tulisnya.
Ben terbang ke Kathmandu, Nepal bersama empat rakan lain bagi mengikuti ekspedisi tersebut yang dijadualkan berlangsung selama lebih sembilan hari.











