Bekas pegawai SPNB bergelar Datuk antara tiga ditahan kes rasuah projek pembinaan RM110 juta - Utusan Malaysia

Bekas pegawai SPNB bergelar Datuk antara tiga ditahan kes rasuah projek pembinaan RM110 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan satu projek perumahan berjumlah hampir RM110 juta.

Penahanan kesemua suspek termasuk Datuk yang merupakan bekas pegawai di satu anak syarikat milik penuh pemaju Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dilakukan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 6.30 hingga 7 petang semalam.

Namun seorang dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka dirakamkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek bersama seorang lagi individu dipercayai menerima wang rasuah daripada satu syarikat pembinaan sebagai balasan.

Kata sumber, balasan itu kerana bersekongkol bagi menandatangani satu perjanjian pembangunan tambahan (SDA) membabitkan Projek Pembangunan Perumahan Rumah Aspirasi Rakyat Daerah Kuantan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah SPNB.

“Perjanjian yang ditandatangani ini dipercayai mengandungi klausa yang berat sebelah sehingga menyebabkan SPNB menanggung kerugian mencecah puluhan juta ringgit,” katanya di sini.

Perintah tahanan reman selama lima hari  sehingga 3 Ogos ini terhadap kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 60-an itu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. _UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN