Ringgit ditutup kukuh pada RM4.61 

Ringgit ditutup kukuh pada RM4.61 

ringgit
Ringgit didagang lebih tinggi berbanding dolar berikutan keyakinan rundingan perdagangan Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit mencecah RM4.61 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semalam, terbaik Januari lalu, didorong sentimen Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menurunkan kadar faedahnya pada bulan September ini. 

Pada pukul 5 petang, ringgit ditutup kukuh pada 4.6150/4.6200, berbanding 4.6370/4.6410 yang direkodkan pada Isnin.

Mata wang negara pernah menyusut seketika melepasi 4.8 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan pada pada 20 Februari lalu sebelum ditutup pada 4.7975/8000.

Ringgit pernah mencecah paras terendah 4.8850 pada 1998.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, prestasi ringgit dipengaruhi faktor global iaitu dasar monetari AS yang begitu berpengaruh hawkish dalam dua tahun kebelakangan sejak menaikkan kadar faedah.

“Indeks dolar AS (DXY) juga stabil pada 104 mata dan nota perbendaharaan AS untuk tiga tahun dan lima tahun kekal masing-masing pada 4.218 peratus dan 4.125 peratus.

“Walaupun ringgit mengukuh berbanding penurunan dolar AS, berbanding matawang rantau Asia terutamanya rakan dagang, ringgit ditutup bercampur-campur,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Sementara itu, Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Mustafa Mohd. Hanefah berkata, andaian penurunan kadar faedah Fed akan kesan ke atas ringgit dan ekonomi negara.

“Prestasi Bursa Malaysia dilihat terbaik tahun ini, berkemungkinan boleh meningkat lagi  jika ekonomi Malaysia lebih cemerlang dengan eksport tinggi dan pelaburan langsung asing (FDI) naik.

“Jika kadar faedah AS turun akan memberi kesan ke atas ringgit dan ekonomi negara. Pelabur akan mencari tempat lain untuk melabur jika kadar faedah AS turun.

“Mereka mungkin melabur dalam emas dan bon dirantau ini termasuk Malaysia,” katanya. 

Sementara itu, ringgit juga ditutup kukuh semalam berbanding mata wang asing utama lain iaitu pound Sterling pada 5.9344/5.9413 berbanding 5.9405/5.9474 pada Isnin dan euro pada 4.9962/5.0035 daripada 5.0219/5.0281.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×