20 tahun tunggu geran tapak rumah

20 tahun tunggu geran tapak rumah

MOHD. Zolkafly Harun menyerahkan geran hak milik tapak kediaman kepada Ramlah Mohamed pada Majlis Serahan Hak Milik Tapak Kediaman PPSK Felcra Berhad Changkat Sulaiman di Dewan Stigma, Institut Latihan Statistik, Sungkai, Tanjung Malim, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Seorang war­ga emas terharu apabila mene­rima geran hak milik tapak ke­diaman selepas 20 tahun me­nunggu.

Peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Changkat Sulaiman, Sungkai, Ramlah Mohamed, 86, antara 101 peserta merangkumi 83 lot penerima geran yang merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan dan Felcra hari ini.

Katanya, dia bersyukur dan menyifatkan pemberian geran tersebut sebagai satu hadiah yang tidak terhitung nilainya terutama semasa meniti usia senja ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bersyukur akhirnya impian untuk melihat dan meme­gang geran tapak rumah yang diusahakan sebelum meninggal dunia termakbul.

“Penyerahan geran ini merupakan hadiah tidak ternilai ke­rana saya telah menantikan saat ini selama 20 tahun lalu,” kata­nya dalam Majlis Serahan Hak Milik Tapak Kediaman PPSK Felcra Berhad Changkat Sulaiman di Dewan Stigma, Institut Latihan Statistik, Sungkai, di sini semalam.

Keluasan tapak kediaman itu sekitar 600 kaki persegi.

Geran hak milik tanah ladang seluas lapan ekar telah diberikan kepada peserta pada 2007.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Veeran Raman, 78, ber­kata, ramai rakan yang terlibat telah meninggal dunia.

“Mungkin separuh telah me­ninggal dunia, jadi, saya berte­rima kasih kerana meneri­ma geran ini sementara masih hidup,” katanya.

Bagi Gandhi Chundriah, 52, dia sedih kerana menerima geran tapak kediaman itu selepas ayah dan ibunya telah meninggal dunia.

“Saya sedih kerana mereka tidak berkesempatan menerima sendiri geran ini, namun semua ini takdir dan saya reda mene­rimanya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Zolkafly ketika berucap menasihatkan penerima agar tidak menjual dan menggadaikan tanah yang diberi serta menjaganya sebagai warisan untuk generasi akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN