Yoyo Padi luah perasaan tentang perceraian dalam dokumentari - Utusan Malaysia

Yoyo Padi luah perasaan tentang perceraian dalam dokumentari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi, Datuk Rossa meluahkan rasa gembira atas kesudian bekas suaminya yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo berkongsi pandangan dan perasaan mengenai perceraian mereka menerusi dokumentari istimewa, All Access To Rossa 25 Shining Years.

Rossa berkata bukan mudah memujuk Yoyo untuk tampil dalam dokumentari tersebut apatah lagi pemain dram itu seorang pemalu, introvert dan jarang bercerita mengenai hal peribadi kepada masyarakat.

“Yoyo dan Rizky (anak Rossa) bersifat introvert. Mereka malu untuk bercerita mengenai hal peribadi.

“Dia memberitahu akan mempertimbangkan (muncul dalam dokumentari) sebaik sahaja saya mempelawanya sebelum ini.

“Alhamdulillah, dia akhirnya bersetuju selepas beberapa hari kemudian ditanyakan semula mengenai perkara itu.

“Luahan Yoyo dalam dokumentari ini bukan sesuatu yang ditulis dalam skrip. Semuanya lahir daripada hati dan perasaannya. Mungkin itu sebabnya dia bersetuju bercakap dalam dokumentari ini,” kata Rossa.

Dokumentari itu, yang menceritakan perjalanan hidup penyanyi terkenal itu bakal secara rasmi ditayangkan bermula Ogos ini.

Terdahulu, Yoyo dan Rossa pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Keduanya bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada tahun 2009.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rizky Langit Ramadhan.

Berkongsi lanjut, penyanyi berusia 45 tahun itu memaklumkan mengubah keputusannya yang pada awal enggan membabitkan bekas suaminya itu dalam dokumentari itu.

“Sebetulnya, penggambaran bersama Yoyo dilakukan saat akhir, sekitar awal tahun ini.

“Awalnya saya enggan membabitkan dia kerana saya tidak mahu dokumentari ini dibuat dengan gimik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×