UDA sasar jualan hartanah RM37 juta di Karnival UDA

UDA sasar jualan hartanah RM37 juta di Karnival UDA 2024@Penang

Karnival UDA 2024@Penang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA) menyasarkan jualan hartanah bernilai RM37 juta dengan memfokuskan kepada rangkaian produk hartanah terbaharu untuk semua generasi dari utara ke selatan Semenanjung dan di Sarawak sepanjang tiga hari penganjuran Karnival UDA 2024@Penang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Sr Mohd Salem Kailany berkata, selain mengetengahkan produk berkualiti dan bernilai tinggi, sasaran jualan produk hartanah akan digiatkan melalui kempen jualan hartanah baharu ‘Jimat Super Deals’. 

Katanya, kempen yang dikhususkan kepada pembeli produk hartanah UDA untuk memudahkan pemilikan hartanah dan merangkumi promosi serta tawaran istimewa.

Tambahnya, tawaran tersebut seperti insentif Kebebasan Kewangan Tanpa Masalah (Hassle Free Financial Freedom), yuran guaman percuma untuk surat cara perjanjian jual beli dan bayaran pendahuluan rendah.

“Pada tahun ini UDA menumpukan kepada 13 produk yang merangkumi pelbagai segmen hartanah seperti rumah mampu milik, rumah kategori terbuka, lot niaga serta ruang kedai pejabat.

“Antaranya adalah Kuala Terengganu Golf Resort (Fasa 6 Pakej 1) di Kuala Terengganu, Pelindung Heights (Fasa 1B Pakej 4) di Kuantan serta Areca Terrace (Fasa 4B) dan UDA Heights (Fasa 1C ) di Bandar UDA Utama,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, UDA juga dalam perancangan untuk melancarkan beberapa produk lagi pada tahun ini seperti Mawar @ Taman Sultan Sallehuddin di Alor Setar, Neu Pendington (Fasa 1A dan Fasa 1B) di Kuching, Crescent Dew (Fasa 1B) dan Crescent Dew Commercial di Kepala Batas.

Selain itu, beliau juga akan melancarkan  Wakaf Seetee Aisah 2 (kedai pejabat) di Seberang Jaya, Taman Sena Permai di Kangar, Sedili Residensi di Kota Tinggi, 21 BizHUB di Bandar UDA Utama serta Residensi Akasia Raya di Kuala Lumpur.

“Karnival ini juga menjadi platform menyalurkan maklumat produk hartanah UDA selain menyediakan nasihat dan bimbingan kepada pelanggan untuk mendapatkan insentif, bantuan kewangan serta menyesuaikan dengan produk hartanah idaman, tertakluk terma dan syarat ditetapkan,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohd Salem berkata, UDA turut menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung ke Karnival UDA 2024@Penang yang telah masuk tahun ketiga penganjurannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×