KDN teliti ubah waktu aduan kes curi wang 

KDN teliti ubah waktu aduan kes curi wang 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti secara serius berhubung waktu untuk membuat aduan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sekiranya berlaku kecurian wang selepas pukul 8 malam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail berkata, operasi NSRC ketika ini bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam, sekali gus perkara itu perlu diubah mengikut cabaran situasi pada waktu kini.

Hunting line (talian buruan) kita 997 tetapi orang tanya kalau kena selepas pukul 8 malam, kena tunggu selepas esok pagi untuk buat aduan? Sebab itu, kalau kekangannya melibatkan jumlah kakitangan, ia perlu diatasi. Bank? Ya, 24 jam boleh bagi tahu dengan bank.

“Tetapi pusat kami ada kekangan dari segi masa. Ia tidak boleh beroperasi dengan cara biasa kerana cabaran dan aduan ini harus memudahkan rakyat. Sebab itu kita sedang mengkaji secara serius berhubung perkara ini,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Terdahulu, Senator Datuk Dominic Lau meminta kementerian menyatakan tindakan kerajaan serta jaminan untuk mengembalikan wang dicuri.

Mengulas lanjut, Saifuddin dalam masa sama turut memberi jaminan wang yang dicuri itu akan dikembalikan dengan mengambil tempoh julat antara tiga hingga enam bulan.

“Trend penipuan meningkat dan terkena kepada semua sama ada pesara, peguam, juruterbang, guru. Bila kita analisis data, itu kelompoknya. Bila kita sudah tahu pemprofilannya begitu, adakah ada elemen kaunseling? Jawapannya, ada. Ada program outreach (bantuan) untuk menyebarluaskan mesej kepada rakyat supaya jangan ikut terjebak.

“Tetapi kalau sudah terkena, prosesnya adalah mangsa akan mendapat balik wang dia, kita selamatkan wang mereka, kita parking (simpan) dulu sebelum kes dibawa ke mahkamah.

“Amalan sekarang yang diguna pakai adalah di bawah perkara 413 Kanun Tatacara Jenayah Seksyen yang polis guna pakai untuk kembalikan wang kepada mangsa sehingga kes selesai di peringkat mahkamah,” ujarnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×