Lady Gaga kini tunang kepada Michael Polansky - Utusan Malaysia

Lady Gaga kini tunang kepada Michael Polansky

LADY Gaga (tengah) memperkenalkan tunangnya, Michael Polansky (kanan) kepada Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang antarabangsa, Lady Gaga mengesahkan kini bergelar tunang kepada usahawan, Michael Polansky.

Perkara itu dimaklumkan pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta kepada Perdana Menteri Perancis, Gabriel Attal.

“Kenalkan ini tunang saya,” kata Gaga ketika keduanya hadir menyaksikan acara renang Sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

Perbualan kedua figura ternama itu yang dirakam dan dimuat naik di platform TikTok Gabriel menjadi tular dan diperkatakan ramai.

Spekulasi pertunangan penyanyi berusia 38 tahun itu mula hangat diperkatakan apabila dia dirakam menyarungkan sebentuk cincin bertatah berlian ketika bersiar-siar di West Hollywood sekitar tiga bulan lalu.

Hubungan percintaan mula dihidu peminat apabila kedua pasangan itu dirakam bercumbuan ketika sambutan malam tahun baharu empat tahun lepas.

Terdahulu, Gaga pernah bergelar teman wanita kepada pelakon Taylor Kinney dan agen pencari bakat, Christian Carino.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×