Negeri Sembilan tidak minat sekolah ‘kenegerian’

Negeri Sembilan tidak minat sekolah ‘kenegerian’

AMINUDDIN Harun (dua dari kiri) melawat rerurai pempamer selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Negeri Sembilan Festival 2024 atau NS Fest 2024 di Dataran Nilai, Seremban semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sem­bilan sentiasa mengikuti se­gala ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam konteks memperkasakan pendidikan negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ami­nuddin Harun berkata, lang­kah itu diambil supaya ti­dak membantutkan usaha serta pe­rancangan KPM khususnya berkaitan akademik dan kokurikulum.

“Kita tahu sektor pendidikan itu di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan iaitu KPM. Kita duduk dalam negara ini harus menghormati keputusan secara bersama dan kita tidak mahu ada nampak perbezaan yang akhirnya akan mencelarukan pendidikan itu sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada masalah cadangan dan pandangan mereka jika ia melibatkan ‘kenegerian’ dan konsep sekolah bangsa Johor yang dikatakan akan dimulakan pada sesi persekolahan 2025 diterima baik oleh KPM, kita pun menerima baik, terpulang kepada Johor.

Bagaimanapun, bidang kuasa KPM patut serah kepada KPM supaya ada penyelarasan program melibatkan semua negeri,” kata­nya ketika ditemui pemberita se­lepas menyempurnakan Maj­lis Perasmian Negeri Sembilan Festival 2024 atau NS Fest 2024 di Dataran Nilai, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sekiranya kerajaan mempunyai mekanisme sendiri bagi memperkasakan pendidikan susulan sekolah rintis Johor yang bakal diperkenalkan di negeri tersebut bermula tahun depan.

ADS:D

Semalam, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dilaporkan berkata, sekolah rintis berkenaan merupakan langkah permulaan mencorakkan masa depan pendidikan bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing dengan menumpukan pe­nguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu, dalam perkara berasingan, Aminuddin berkata, kerajaan negeri bersedia me­nga­dakan perbincangan de­ngan Melaka dan Johor berkaitan cadangan mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan.

“Kita telah bincang perkara tersebut tetapi tidak secara terperinci, kita akan adakan pertemuan lagi. Negeri Sembilan dan Melaka antara negeri yang tidak mempunyai koridor berbanding negeri lain, ini suatu perkara yang baik, pertemuan itu nanti akan membincangkan isu-isu utama yang melibatkan perindustrian dan pelaburan,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri Melaka bercadang mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan antara tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilaporkan berkata, kewujudan koridor ekonomi itu dapat mencuri perhatian pihak Persekutuan dalam melengkapkan keperluan antara sesama negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN