Sumbangan syarikat arak, judi ke sekolah Cina  sejak zaman  BN - Khaled 

Sumbangan syarikat arak, judi ke sekolah Cina  sejak zaman  BN – Khaled 

KHALED Nordin semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) di sini hari ini. UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Syarikat-syarikat minuman keras dan judi yang menyumbang  wang kepada sekolah-sekolah vernakular diamalkan sejak pentadbiran  Barisan Nasional (BN).  

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, amalan syarikat arak atau judi  menyumbang wang  ke sekolah vernakular diteruskan dalam pentadbiran kerajaan semasa. 

Bagaimanapun, menurut beliau, wang kerajaan yang diperoleh hasil aktiviti perjudian dan arak tidak boleh disumbang ke pusat ibadah orang Islam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu, katanya, pembangkang (Perikatan Nasional) seharusnya menghentikan amalan itu terlebih dahulu semasa mentadbir kerajaan Persekutuan jika menganggap ia adalah salah.

“Soal syarikat-syarikat arak dan judi menyumbang kepada sekolah-sekolah vernakular dan sebagainya itu diamalkan Barisan Nasional dahululah. 

“Sebab, kita berpendapat duit kerajaan hasil judi dan arak jangan kita guna sumbang ke masjid. Kita beri kepada tokong, beri kepada sekolah vernakular dan itulah amalan yang diteruskan oleh kerajaan sekarang. 

“Kalau itu tidak betul, mengapa semasa mereka menjadi kerajaan mereka tidak hentikan amalan itu? 

“Jadi yang ini pun ahli UMNO kena tolong bantu supaya kita dapat kembalikan kepercayaan masyarakat. Kita bukan semata-mata mengejar kuasa tetapi membina semula pengaruh dan keyakinan orang Melayu terhadap kita,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO) di sini hari ini. 

Minggu lalu, tercetus kontroversi  apabila konsert amal pendidikan yang bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah itu  didapati turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.

Kutipan derma itu  mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mengecam tindakan tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN