Jerman beri amaran peningkatan aktiviti sabotaj Russia di Eropah

Jerman beri amaran peningkatan aktiviti sabotaj Russia di Eropah

POLIS berkumpul di luar stadium menjelang perlawanan bola sepak UEFA Euro 2024 Kumpulan B antara Sepanyol dan Itali di Arena AufSchalke di Gelsenkirchen, pada 20 Jun 2024.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Perkhidmatan Rahsia Jerman memberi amaran mengenai peningkatan aktiviti sabotaj yang didalangi Russia di Eropah.

Ia juga mendakwa, mempunyai petunjuk perisikan Russia sedang menilai profil media sosial pekerja syarikat di Jerman.

“Matlamatnya dikatakan untuk mengenal pasti orang yang mungkin terdedah kepada pengaruh atau inisiatif Russia,” menurut nota keselamatan terkini dari Pejabat Persekutuan untuk Perlindungan Perlembagaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tahap tindakan sabotaj Russia di Eropah bergantung kepada perkembangan konflik antara Moscow dan Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman.

Penasihat keselamatan agensi perisikan Jerman untuk ekonomi berkata, kes yang diperhatikan di seluruh Eropah sejak 2023 serta peningkatan petunjuk kemungkinan aktiviti di Jerman, kini membawa kepada penilaian yang diselaraskan.

Ia percaya terdapat peningkatan risiko berkaitan dengan aktiviti sabotaj atau tindakan persediaan seumpamanya di negara itu.

Menurut agensi akhbar itu, serangan siber oleh penggodam pro-Russia terus dikesan di laman web pihak berkuasa dan syarikat Jerman.

Setakat ini, kesan serangan oleh ‘kumpulan hacktivism’ biasanya terhad dalam satu masa dan laman web yang terjejas hanya tidak dapat diakses sementara waktu.

Di negara Eropah lain, beberapa kes pembakaran atau cubaan membakar sedang disiasat, termasuk aktiviti vandalisme dan propaganda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN