Netanyahu, Trump bincang isu pertukaran tahanan dengan Hamas

Netanyahu, Trump bincang isu pertukaran tahanan dengan Hamas

TRUMP dan Netanyahu mengadakan pertemuan di sebuah resort di Florida, semalam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengadakan perbincangan dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam, berhubung rundingan perjanjian pertukaran tahanan dengan Hamas.

Pejabat Netanyahu berkongsi foto dan video pertemuan itu di X, dengan Trump mengalu-alukan kedatangan perdana menteri terbabit dan isterinya, Sara di sebuah resort di Florida.

Dalam imej itu, Netanyahu dilihat berdiri di sebelah Trump sambil memegang topi bertulis ‘Total Victory’, yang mencerminkan matlamatnya untuk mencapai kemenangan dalam perang dengan Hamas, walaupun ramai meragui ia boleh berlaku dalam jangka pendek.

Netanyahu berharap Trump akan kembali ke White House untuk mendapatkan sokongan yang lebih besar buat Israel, termasuk janji peningkatan bantuan ketenteraan, politik dan diplomatik.

Akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth berkata, Netanyahu merancang untuk menghantar delegasi Israel ke Rom pada Ahad, untuk merundingkan perjanjian pertukaran tahanan dengan Hamas.

“Hanya masa yang akan menentukan sama ada kita hampir untuk memuktamadkan perjanjian itu,” kata Netanyahu, mendakwa kemajuan dibuat kerana tekanan tentera terhadap Hamas.

Selain delegasi Israel, pasukan dari Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS) akan turut serta dalam pertemuan di Rom, lapor Cairo News Channel, memetik sumber peringkat tinggi Mesir yang tidak dinamakan.

Sebelum bertemu Trump, Netanyahu terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan Presiden AS, Joe Biden di Washington.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×