Jangan makan udang, ikan Sungai Tanjung Air Hitam

Jangan makan udang, ikan Sungai Tanjung Air Hitam

PEGAWAI Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor (tengah) mengambil contoh air Sungai Tanjung Air Hitam, Pontian, Johor. - UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penduduk dinasihatkan tidak memakan udang galah atau ikan yang timbul di Sungai Tanjung Air Hitam di sini berikutan pencemaran air sungai itu pada 21 Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng berkata, memandangkan belum ada keputusan mengenai punca pencemaran daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebarang aktiviti seperti memancing perlu dielakkan.

Menurutnya, beliau akan merujuk Bahagian Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengesahkan sama ada udang galah dan ikan selamat untuk dimakan.

“Buat sementara waktu, segala aktiviti di Sungai Tanjung Air Hitam perlu ditangguhkan sementara sehingga punca berlakunya pencemaran dapat dikenal pasti sama ada unsur  khianat atau ada sebab-sebab lain.

“Saya akan bawa isu kehilangan pendapatan dalam kalangan pemancing dan pengusaha bot kepada kerajaan negeri bagi menimbangkan sedikit pampasan yang sesuai bagi mereka ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Tanjung Air Hitam di sini.

Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan pencemaran Sungai Tanjung Air Hitam menyebabkan kira-kira satu tan udang selain ikan mati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN