DEFA dijangka dimuktamadkan tahun depan.

DEFA dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak Asean tahun depan.

TENGKU Zafrul Abdul Aziz (tengah) bersama Amirudin Shari (tiga kiri) melawat ke reruai pada SABC 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) yang berpandangan ke hadapan dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak Asean tahun depan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Seri Tengu Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perdagangan antara ASEAN pada masa ini berada pada kadar 20 peratus.

Katanya, DEFA dijangka dapat meningkatkan nilai dagangan e-dagang antara negara-negara ahli, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Salah satu cara untuk meningkatkan perdagangan antara Asean adalah melalui peningkatan perdagangan elektronik digital dan ini akan membantu PKS, terutamanya apabila kita berdagang lebih banyak antara negara-negara ahli Asean, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor 2024 (SABC 2024) yang disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Pada Ogos 2023, negara anggota ASEAN membuat persiapan untuk memulakan rundingan DEFA bagi memacu ekonomi digital dan menjana menjana AS$2 trilion (RM9.34 trilion) menjelang 2030.

Beliau menjelaskan, rundingan mengenai DEFA tersebut telah bermula di Indonesia dan telah berjalan dengan lancar sejak itu.

Tengku Zafrul turut mengulangi sasaran MITI untuk menarik pelaburan bernilai kira-kira lapan kali ganda daripada nilai semasa ke Malaysia untuk menggerakkan pertumbuhan sosioekonomi.
“Selangor juga mendapat manfaat dalam bentuk peluang perniagaan baharu bagi PKS serta pembangunan pekerjaan dan kemahiran untuk penduduknya dalam industri hijau,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, penubuhan pusat data di Malaysia akan memberi limpahan ekonomi dan impak berganda terutama dalam memberi peluang pekerjaan.

“Sebagai contoh, sebelum ini Google mengumumkan pelaburan mencecah RM9.4 bilion dengan limpahan ekonomi dijangka berganda kepada RM15 bilion dan mewujudkan lebih 20,000 peluang pekerjaan. 

“Sudah tentu impak dari segi pekerjaan tidaklah terlalu banyak tetapi kemasukan gergasi teknologi dengan menubuhkan pusat data seumpama dan pembinaan ‘lebuh raya’ yang bakal menjadi penghubung kepada syarikat lain untuk menapak di Malaysia,” katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pelaburan pusat data dan perkhidmatan awan bernilai RM114.7 bilion antara 2021 hingga 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×