YTL Corp beli saham NSL, Singapura RM792.32 juta

YTL Corp beli saham NSL, Singapura RM792.32 juta

Ryt Bank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: YTL Corporation Bhd. (YTL Corp), melalui anak syarikatnya YTL Cement Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan 98 Holdings Pte. Ltd. untuk cadangan pembelian saham dalam NSL Ltd pada harga AS$227.61 juta (RM792.32 juta) secara tunai.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia kelmarin, SPA itu melibatkan cadangan pembelian 303.48 juta saham dalam NSL yang mewakili kira-kira 81.24 peratus kepentingan ekuiti.

“Cadangan pembelian berkenaan memberikan peluang unik untuk pengembangan YTL Corp menerusi YTL Cement dan anak syarikatnya terlibat dalam sektor sistem bangunan perindustrian di Malaysia, Dubai, Finland dan Singapura.

“Ia juga memudahkan pengembangan perniagaan perkhidmatan alam sekitar YTL Cement ke Singapura melalui perniagaan perkhidmatan alam sekitar NSL di negara itu dengan kelebihan sinergi,” katanya.

YTL Corp berkata, SPA bersyarat itu akan berlangsung pada 10 hari waktu bekerja selepas memenuhi syarat duluan menerusi pemindahan unit atau saham dipersetujui antara dua pihak  (married deal) di Singapore Exchange Securities Trading Limited (SGX-ST).

“Selepas selesai cadangan pembelian berkenaan, YTL Cement atau anak syarikatnya akan menjadi pemilik saham yang dijual itu, mewakili atau 81.24 peratus daripada jumlah modal diterbitkan dan berbayar NSL,” katanya. 

Tambahnya, di bawah Kod Singapura mengenai Pengambilalihan dan Penggabungan (Kod) serta Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan 2001 Singapura (SFA), YTL Cement dikehendaki membuat tawaran tunai tanpa syarat mandatori untuk saham tawaran pada harga tawaran S$0.75 (RM2.61) harga sesaham NSL.

Jelasnya, harga itu adalah sama dengan jualan harga sesaham di bawah cadangan pembelian berkenaan.

“Walaupun tawaran mandatori yang dicadangkan akan dilaksanakan menurut keperluan Kod dan SFA, ia juga memberi peluang kepada YTL Cement untuk meningkatkan lagi pegangan sahamnya dalam NSL selepas selesai cadangan pembelian itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×