Taufan Gaemi: Taiwan tutup sekolah, batal penerbangan

Taufan Gaemi: Taiwan tutup sekolah, batal penerbangan

TAUFAN Gaemi yang membawa angin berkelajuan 190 kilometer sejam kini menuju ke utara Taiwan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan menghentikan pasaran dagangan dan menutup sesi persekolahan sebagai persediaan menghadapi Taufan Gaemi yang dijangka melanda negara itu, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hujan lebat mula berlaku di beberapa tempat, dengan jalan utama di ibu negara, Taipei hampir lengang semasa waktu puncak.

Pejabat Presiden dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi pembelajaran di sekolah dan universiti terpaksa ditangguhkan, malah penjawat awam diarah mengosongkan pejabat.

Agensi Kaji Cuaca Taiwan pula memberitahu, Taufan Gaemi yang membawa angin berkelajuan 190 kilometer sejam (km/j) kini menuju ke utara negara itu.

“Gaemi akan mengakibatkan hujan lebat sekali gus mendatangkan ancaman banjir serta tanah runtuh,” kata kenyataan berkenaan.

Pihak berkuasa lapangan terbang di Manila melaporkan, hampir semua penerbangan domestik dibatalkan, manakala pihak berkuasa pelabuhan menyatakan sebanyak 354 penumpang dan 31 kapal terkandas di beberapa pelabuhan.

Gaemi berkemungkinan bergerak merentasi Selat Taiwan dan kemudian melanda wilayah Fujian, di tenggara China lewat petang Jumaat.

Taufan Gaemi dan ribut tropika Prapiroon melanda selatan Filipina minggu lalu, mengakibatkan tujuh maut dan kejadian banjir di seluruh negara.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN