Traveloka lancar Jualan EPIC

Traveloka lancar Jualan EPIC, lantik Ji Chang Wook duta jenama di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Traveloka, platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, melancarkan Jualan EPIC, sebuah promosi percutian dalam talian terbesar oleh Traveloka dan menamakan superstar Korea, Ji Chang Wook sebagai duta jenamanya di Indonesia.

Menawarkan jualan tanpa tandingan, promosi ini berlangsung secara serentak di enam buah negara iaitu Indonesia, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Australia bermula 30 Julai sehingga 11 Ogos 2024.

“Ini merupakan masa yang sesuai untuk merancang percutian impian anda ke destinasi popular dan pelbagai menerusi pilihan tawaran mampu milik yang ditawarkan melalui Jualan EPIC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sama ada anda mengimpikan percutian pantai yang eksotik, penerokaan budaya, pengembaraan gunung, pelayaran bulan madu atau percutian bandar yang singkat, pasti terdapat sesuatu untuk semua di Jualan EPIC Traveloka,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan Traveloka, Iko Putera berkata, pihaknya mengalu-alukan Ji Chang Wook ke keluarga Traveloka sebagai duta jenama terbaharu.

Kata beliau, pelantikan Ji Chang Wook merupakan sebahagian dari komitmen Traveloka untuk memberikan pengalaman percutian luar biasa bagi pengguna.

“Daya tarikan global dan minat mendalam beliau untuk meneroka dunia sejajar dengan misi Traveloka untuk menjadikan percutian inspirasi dan pengalaman lebih mudah dicapai.

“Bagi meraikan kerjasama ini, Traveloka bakal menawarkan diskaun hebat sebagai tanda penghargaan kepada pengguna setia kami dan juga sebagai jemputan kepada pengguna baru untuk merancang percutian yang menarik dan tidak dapat dilupakan dengan Traveloka,” katanya.

Mengulas kerjasama beliau bersama Traveloka, Ji Chang Wook berkata, beliau amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Traveloka sebagai duta jenama untuk mempromosikan rantau ini yang kaya dengan warisan budaya dan pelancongan.

“Saya amat menyukai pengalaman menggunakan aplikasi Traveloka ketika percutian ke Bali dan Labuan Bajo. Saya telah menikmati pengalaman Traveloka secara langsung menerusi aplikasi dan berharap agar orang ramai juga akan mengalami pengalaman menakjubkan yang sama setelah melihat projek ini bersama saya,” katanya.

Pelancong Malaysia dan warga tempatan boleh menerima manfaat dari Jualan EPIC Traveloka 2024 dengan mengakses pelbagai promosi, menjadikan perancangan percutian lebih mudah dan mampu milik dengan diskaun sehingga 50 peratus bagi tiket penerbangan, penginapan hotel, pengalaman dan produk percutian lain.

Promosi EPIC Brand Day Traveloka menampilkan tawaran eksklusif daripada jenama jenama global. Untuk diskaun terbesar bagi produk terpilih, Super EPIC Deal tersedia untuk masa terhad setiap hari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN