Pukul mata buaya demi selamatkan diri - Utusan Malaysia

Pukul mata buaya demi selamatkan diri

JASMIN HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Tindakan berani seorang lelaki memukul mata buaya berjaya menyelamatkan dirinya daripada dibaham di Jeti Tanah Merah, Felda Umas 4 di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa bersama anak saudaranya berusia 14 tahun dan seorang rakan turun ke sungai sebelum diserang seekor buaya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan di Balai Polis Kalabakan pada pukul 7.26 petang mengenai insiden diserang buaya di Felda Umas 4.

Berdasarkan maklumat pengadu, iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 14 tahun, bapa saudaranya berusia 18 tahun telah diserang buaya di beberapa bahagian badan.

“Bapa saudara pengadu berjaya melepaskan diri dan naik ke daratan selepas memukul mata buaya tersebut.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, kes dirujuk kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN