Dasar Tasik Bukit Merah merekah, tumbuh rumput

Dasar Tasik Bukit Merah merekah, tumbuh rumput

PENGUNJUNG teruja melihat dasar Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, Perak yang ditumbuhi rumput berikutan air di tasik itu kering sejak tiga bulan lalu. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tasik Bukit Merah di sini yang kering sejak tiga bulan lalu berikutan cuaca panas kini ditumbuhi rumput selain terdapat rekahan pada tanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tinjauan mendapati, dasar tasik yang ditumbuhi rumput melibatkan kawasan dari tebing Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) hingga 500 meter ke tengah tasik, menyebabkan kawasan itu kelihatan seperti taman yang menghijau.

Pengurus BMLR, M. Danesh Kumar berkata, keadaan tasik kering menyebabkan semua aktiviti rekreasi air di tasik itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Katanya, situasi itu sering berlaku namun kali ini paras air menyusut agak jauh dari tebing resort.

“Keadaan ini disebabkan musim kemarau yang melanda di kawasan ini. Jika tidak silap saya, tiada hujan lebat lebih tiga bulan di kawasan kolam tadahan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, tanah dasar tasik berdekatan resort juga kelihatan merekah dan ada sebahagiannya menjadi keras hingga boleh dipijak untuk berjalan, manakala sebahagian dasar tasik yang kering turut ditumbuhi rumput.

“Kita tidak galakkan pengunjung turun ke dasar tasik yang kering atas faktor keselamatan,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada segelintir pengunjung yang turun hingga ke dasar tasik bagi tujuan berswafoto kerana pemandangan di sekitar tasik itu cantik secara semula jadi sama ada ketika air pada paras normal atau ketika kering seperti sekarang.

“Jadi, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam foto bersama keluarga sehingga mereka sanggup turun ke dasar tasik yang kini menghijau.

“Kita bukan nak menghalang pengunjung daripada bergambar di dasar tasik yang kering cuma kita lebih mementingkan faktor keselamatan mereka,” katanya.

Menurut Danesh Kumar, meskipun segala aktiviti rekreasi di tasik itu terhenti sementara, aktiviti air dalam kawasan taman tema air di resort tetap beroperasi seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN