Gaji minimum pekerja swasta perlu dinaikkan

Gaji minimum pekerja swasta perlu dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk melaksanakan peningkatan gaji minimum yang baharu bagi penjawat awam.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, sekiranya kerajaan hanya menumpukan pada kenaikan gaji bagi penjawat awam, keadaan ini akan memberi kesan kepada kakitangan swasta.

Menurutnya, harga barang terutamanya barangan keperluan asas pengguna dijangka turut naik sekiranya kenaikan gaji penjawat awam mula dilaksanakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peniaga berpendapat kenaikan gaji pekerja awam memberi kuasa beli yang lebih besar kepada mereka, sekali gus meningkatkan jumlah pembelian.

“Namun, situasi itu secara tidak langsung memberi kesan kepada golongan pekerja swasta yang gaji tidak dinaikkan. Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan disebabkan ‘faedah’ yang diperoleh pihak lain.

“Sehubungan itu, kadar gaji minimum pekerja swasta perlu dinaikkan, selaras dengan kenaikan yang dinikmati oleh penjawat awam supaya wujud keseimbangan dalam ekonomi masyarakat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, kebanyakan pekerja swasta memperoleh gaji bersih kira-kira RM1,300 setiap bulan selepas melunaskan bayaran komitmen.

“Jumlah itu mungkin kedengaran besar untuk mereka yang belum berkahwin, namun pada mereka yang sudah berkahwin, sudah mempunyai anak, angka tersebut amat terhad,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengharapkan gaji penjawat awam dinaikan 30 hingga 35 peratus.

Menurut laporan itu, CUEPACS menggesa kerajaan memfokuskan kepada kumpulan yang baru memulakan kerjaya terutama mereka berusia 25 hingga 48 yang masih berdepan dengan beban kewangan.

Sementara itu, aktivis pengguna, Dr. Lee Nang Sang berpendapat kerajaan sememangnya perlu menaikkan gaji penjawat awam namun tidak lebih daripada permintaan CUEPACS yang mengharapkan peningkatan hingga 35 peratus.

“Kita harus melihat sudut adakah kerajaan berkemampuan untuk menaikan gaji penjawat awam pada kadar tersebut.

“Dengan keadaan ekonomi negara yang dipengaruhi oleh kesan global pada waktu kini, saya cadangkan agar pengguna perlu berbelanja mengikut keperluan penting sahaja,” katanya.

Nan Sang berkata, setiap individu perlu mengamalkan cara berbelanja secara efektif dengan mengutamakan belanja barangan keperluan dahulu.

Sementara itu, beliau juga berpandangan kerajaan perlu lebih menumpukan perkembangan ekonomi negara dengan mengawal kadar inflasi dan kenaikan barangan dengan cara yang berkesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN