Polis guna anjing pengesan cari anak-kanak hilang - Utusan Malaysia

Polis guna anjing pengesan cari anak-kanak hilang

SEEKOR anjing pengesan Unit K9 turut digunakan untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan dalam usaha mengesan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli- belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa anggota polis sedang melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dengan dibantu seekor anjing pengesan, termasuk di lokasi penganjuran acara Bon Odori yang berakhir semalam.

Usaha tersebut turut disaksikan beberapa individu, dipercayai ahli keluarga mangsa, Albertine Leo Jia Hui, 6.

Kehilangan kanak-kanak tersebut menjadi tular dalam pelbagai platform media sosial termasuk mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan memberitahu, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat berpakaian baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ pada bahagian dada dan berseluar pendek di Eco Galleria 3, Iskandar Puteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×