Ain Edruce bermasalah? - Utusan Malaysia

Ain Edruce bermasalah?

PETALING JAYA 11 Julai 2023 - Ain Edruce PADA Majlis Pengumuman Pra-Kemuncak ABPBH 35 yang diadakan di The Agam, Jalan Sungai Penchala pada malam tadi. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA, Cik Bunga memuji prestasi pengacara dan selebriti, Ain Edruce sejak dia menceburi bidang seni ini.

Cik Bunga antara orang terawal yang menyaksikan perkembangan seninya dan tumpang bangga kerana akhirnya kini Ain sudah berada di puncak. 

Bukan satu kesalahan pun jika Cik Bunga kata dia berada di puncak kerjaya. Iyalah, berbanding dulu, dia kini banyak mendapat kepercayaan daripada penggiat seni kreatif terutama pengarah atau penerbit program. 

Sebagai pengacara, dia antara yang berkebolehan besar mengendalikan sesebuah program santai dengan baik. 

Tidaklah nampak kekok atau menjengkelkan. Kelakar pun kelakar dan itu memang personaliti dirinya, seorang yang gila-gila. 

Tetapi itulah, agaknya, sudah lazim anak seni yang sentiasa sibuk, mungkin kerana itulah dia susah sangat mahu diajak ke sesi fotografi. 

Cik Bunga alami sendiri, rasanya sudah lama minta tarikh sesuai untuk pertemuan kami. Namun sampai ke sudah tidak dapat. 

Bukan kita sahaja, ada juga kalangan orang seni lain kata susah mahu dapatkan tarikh pengacara ini. 

Cik Bunga tak pasti, adakah Ain atau pengurusnya yang susah sangat mahu berikan kerjasama. 

Kalau iya pun, janganlah sidai orang lama-lama. Boleh sahaja maklumkan dengan sopan, kalau betul-betul tak boleh beri komitmen sebab ada kerja lain. 

Ini juga masalah untuk artis andai kata mereka ‘dikurniakan’ pengurus yang pasif dan lemau dalam menjalankan tugas. Buruk akan melekat pada si artis. 

Pengurus mungkin boleh lepas tangan cakap artis tak ‘free’ walhal sebenarnya, si artis sendiri tak tahu pun ada konflik di belakang dan jadualnya pun tengah kosong. 

Jadi, mahu salahkan siapa? Hujung-hujung, bila sudah sendu, tidak popular, barulah hendak merangkak cari publisti, minta bantuan rakan media. Begitulah perangai masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×