25 kes malaria direkodkan di Terengganu

25 kes malaria direkodkan di Terengganu

DR. KASEMANI Embong (tengah) melawat gerai pameran pada Majlis Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Jertih, Besut, semalam. – UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan sebanyak 25 kes malaria di Terengganu sejak Januari sehingga kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan 62 peratus daripada 65 kes pada tahun lepas.

Menurutnya, satu kes daripada 25 kes itu adalah malaria zoonatik manakala bakinya pula malaria manusia import.

“Daripada 24 kes ini, 20 kes adalah berlaku di Hulu Terengganu manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun serta Kemaman masing-ma­sing mempunyai satu kes.

“Pihak kesihatan telah me­lakukan saringan di beberapa kampung berkaitan di daerah Hulu Terengganu antaranya Kampung Machang, Kampung Kua dan Kampung Pengkalan Ajal,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Jertih, di sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan membabitkan warga asing Rohingya, Bangladesh, Pakistan, India dan Papua New Guinea.

Beliau berkata, rata-rata kes malaria yang dikesan dalam kalangan warga asing adalah mereka yang masuk ke negara ini dan bekerja di tapak pembinaan.

Ujarnya lagi, hasil daripada tinjauan ke lokasi penempatan mereka yang terlibat dan dijangkiti malaria itu, didapati keadaan kawasan diduduki tidak bersesuaian dan ada yang hanya tinggal di dalam khemah.

“Keadaan tersebut menyebabkan kawalan yang akan kita laksanakan agak sukar dan oleh itu mereka diminta berpindah ke tempat yang selamat dan bersesuaian,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN