Anwar jamu bekas PM Singapura dengan Musang King

Anwar jamu bekas PM Singapura dengan Musang King

ANWAR Ibrahim bersama isterinya Wan Azizah Wan Ismail menjamu Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching dengan Musang King.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan bekas Perdana Menteri merangkap Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching.

Perdana Menteri menerusi Facebook berkata, kehadiran mereka membincangkan perkembangan kerjasama dua hala Malaysia-Singapura untuk makan tengah hari bersama-sama di Seri Perdana.

“Sempat bertanya khabar pada beliau dan isteri sejak menyerahkan tampuk pentadbiran kepada PM Lawrence. Kami turut bicara panjang soal perkembangan kerjasama dua hala Malaysia-Singapura.

“Di samping menyajikan hidangan lauk-pauk, saya dan Azizah turut menjamu tetamu istimewa kami dengan buah durian Musang King dan Duri Hitam,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut merakamkan penghargaan atas lawatan bekas Perdana Menteri Singapura itu.

“Saya dan Azizah amat menghargai kunjungan Lee dan Ho Ching yang telah mempererat hubungan peribadi antara kami. Mendoakan persahabatan Malaysia-Singapura terus diperkukuh, Insya-Allah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×