KUALA LUMPUR: Pelakon Chew Kin Wah berlapang dada menjayakan babak separuh bogel dalam filem Lubuk yang diarahkan Mark Lee Teck.
Eggan berlagak diva atau membantah kehendak pengarah, pelakon berusia 58 tahun itu rela melakukan babak tersebut untuk memberi kerjasama kepada pihak produksi dan memenuhi tuntutan skrip.
“Saya tidak dimaklumkan perlu hanya berseluar dalam, Tetapi pengarah ada memaklumkan tentang babak saya dibedah. .
“Jadi, saya tidak terkejut. Kerana secara logiknya takkanlah watak yang nak dibedah perlu pakai baju.
“Saya ikut saja skrip kerana tidak boleh jadi diva di Malaysia terutama pada usia saya ketika ini,” katanya.
Kin Wah berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Lubuk, baru-baru ini.
Filem bergenre psikologi thriller arahan Mark Lee itu mengenai misteri yang tersembunyi di sebalik sebuah rumah perlindungan.
Selain Kin Wah, filem itu turut dibintangi Tony Eusoff, June Lojong, Alvin Wong dan Amirah Razak. Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula hari ini.
Menurut pelakon yang kini popular di Indonesia itu, dia terbuka melakonkan babak terbabit kerana baginya ia bersesuaian dengan jalan cerita dibawa filem tersebut.
Malah kata Kin Wah ia hanyalah perkara kecil dan bukan melakukan babak berunsur pornografi.
“Bagi saya itu hal kecil. Saya bukan bersetubuh atau berbogel,” katanya lagi.











