PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri Ziarah Madani dengan menyantuni bekas Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hanafi Hadi.
Kunjungan itu diwakili Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi untuk menyampaikan sumbangan kepada saudara Hanafi yang kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki.
“Saudara Hanafi kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki sekali gus menyukarkan pergerakan beliau.
“Saya turut menyerahkan sumbangan kepada saudara Hanafi bagi meringankan beban kos perubatan serta pembelian kerusi roda khas.
“Mendoakan agar beliau diberi kesembuhan sesegera mungkin, Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan di media sosial miliknya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Hanafi Hadi pernah bertugas menjadi pengawal pengiring kepada Anwar Ibrahim sebelum ini.-UTUSAN











